5 DISEMBER 2024: Pada hari ini, Jabatan Hal Ehwal Murid dan Akademik, Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang telah mengadakan program Cakna Kesihatan Gigi Pelajar. Program ini bertujuan memberikan kesedaran mengenai kesihatan dan penjagaan gigi kepada para pelajar. Program ini diadakan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Tasek Gelugor. Para pelajar diberikan ceramah oleh wakil Klinik Kesihatan Tasek Gelugor sebelum menjalani pemeriksaan gigi. Semoga para pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat mengenai kesihatan gigi dan dapat menjaga gigi mereka sebaiknya.